3 sahabat
Di sebuah sekolah terdapat 3 orang sahabat yang sangat akrab sehingga hampir 1 sekolah tahu tentang persahabatan mereka.Setiap kali mereka pergi menyertai rombongan sekolah para guru pasti akan meletakkan mereka di dalam 1 kumpulan.Mereka ialah Nina,Hilda dan Aina.Jika salah seorang pergi ke sana yang lain pasti akan pergi ke sana.Mereka sangat akrab seperti adik-beradik.
Mereka sentiasa bersama.Bak kata pepatah "tepuk peha kiri,peha kanan pun terasa" begitulah hubungan mereka.Bahkan di sekolah menengah pun mereka bersekolah di satu sekolah tetapi bukan satu kelas.Mereka hanya dapat berjumpa ketika makan dan solat sahaja.Cerita tentang sekolah rendah,mereka pasti akan berfikir tentang masa hadapan mereka bersama.Mereka mahu sentiasa bersama.Mereka mahu bersekolah di sekolah yang sama, tinggal di rumah yang sama tetapi Hilda dan Nina ingin menjadi seorang guru manakala Aina pula ingin menjadi seorang usahawan.Dia ingin membuka sebuah cafe yang akan dinamakan Cafe 3 sahabat.
Banyak dugaan yang mereka tempuh bersama.Kesenangan juga mereka kongsi bersama.Aina pasti akan membuat mereka ketawa.Mereka duduk di dalam 1 barisan yang sama.Mereka pasti akan berkongsi cerita dan pengalaman mereka.Mereka berjanji pasti akan bersama selama-lamanya.
Aina-Auni
Hilda-Huda
Cerita di atas ialah berdasarkan pengalaman Auni.
